Source:
http://www.3news.co.nz/Jackie-Chan-not-dead/tabid/418/articleID/204662/Default.aspx
Marudu berasal dari perkataan Mogkorudu. Sebelum ada namanya Marudu, hanya ada satu nama yang di gunakan di kawasan tersebut iaitu Mondou @ Bandau. Menurut sejarah lisan orang Momogun, Mondou di tukar kepada nama Mogkorudu pada zaman dahulu kerana orang-orang Rungus Matunggong dan Rungus Bandau yang suka berdagang sistem barter di tepi laut telah mengalami perselisihan. Ia bermula apabila Momogun Rungus ortodoks dengan Momogun Rungus bandau yang banyak kawin campur dengan bangsa lain telah bersaing dalam perdagangan sistem barter. Di tambah lagi pedagang dari Brunei yg datang ke teluk marudu terus singgah di pesisir laut sungai matunggong dan yg di bawa oleh pedagang brunei ke teluk bandau hanya sisa-sisa tinggalan oleh rungus matunggong. ini bermakna bekalan yg terbaik sudah di beli orang matunggong dan yg di bandau adalah kurang baik sebab hanya terbaki dari jual beli di matunggong. lalu krisis rungus ortodok dengan rungus campur / rungus sinandapak ini menjadi-jadi lalu berlakulah perang secara ilmu sihir yang di panggil perang Sindaat. perang ini berakhir apabila ketua bobolizan Aki Sook dan Aki Palavan campur tangan.
Tugas utama aki sook dan aki palavan sebenanya adalah melupuskan segala dosa-dosa dalam 100 tahun menurut kalender bangsa momogun. Upacara besar yang di namakan Managas (satu korban sembelihan manusia yg di lakukan sekali dalam setiap seratus tahun) itu tercemar kerana pada kebiasaannya korban utk penyucian itu memerlukan pelayaran ke pilipin utk tangkap korban kerana menjadi sejarah dahulu apabila pendatang dari pilipin datang ke tanah momogun mereka akan melakukan aktiviti lanun dan ini mencemarkan tanah momogun dan menjadi hutang momogun yang perlu di bayar kepada lumaag supaya setiap roh-roh momogun yang mati bila kembali ke puncak gunung kinabalu, dewi tingguut akan menerimanya. tetapi pada penggal kalender tersebut, keadaan tanah momogun tercemar oleh momogun sendiri. maka ketua bobolizan momogun pada masa itu, aki sook dan aki palavan mengalami tekanan dari segi rohani dalam perspektif agama labus mengenai masalah ini. akses kepada upacara managas ini adalah melalui Sukang Sinonginan yang di wariskan oleh ketua bobolizan sebelumnya. pengganti biasanya akan di rekrut sejak dari kecil utk menjadi suci supaya layak melakukan upacara ini. akhirnya di sebabkan kecemaran budaya dan akhlak dengan kebencian orang2 lampau bangsa kita sendiri pada zaman dahulu maka aki palavan dan aki sook tidak boleh melakukan upacara managas dengan cara yang biasa. lalu upacara Managas tersebut harus di lakukan secara SONGSANG. Sukang Sinonginan yang seharusnya utk membawa keharmonian, kekuatan, pertahanan, kedamaian, kesihatan bangsa momogun dan kesuburan tanaman itu kini bertukar menjadi SONGSANG. Sukang Sinonginan satu-satunya kunci yg dapat mengakses keharmonian bangsa Momogun pada zaman itu tapi kini membawa padah kerana bangsa Momogun sendiri yang tidak bersatu. oleh sebab itu sukang sinonginan tersebut memberikan reaksi songsang dengan menjadi Sindaat Mogkorudu.
Demikianlah ia di namakan kerana setiap orang yang terlibat dengan kebencian pada zaman itu akan mendapat musibbah oleh sindaat mogkorudu tersebut. apabila ada sesiapa orang yang menangisi (mogkorudu) utk orang-orang yang terkena musibbah maka orang tersebut juga akan mati serta merta, di sertai ternak dan tanaman mereka semua akan layu. Sehingga dalam sejarah lisan nenek moyang mengingatkan cucu cicit mereka bahawa "tiada kerosakan bangsa kita yang seteruk itu pada zaman dulu." jadi akhirnya pusat perdagangan bandau yg banyak membekalkan pisang bandau pada zaman dulu kini telah di lupakan. kutukan sukang sinonginan tersebut hanya akan berakhir apabila habis penggal kalender momogun iaitu 100 tahun ke hadapan. akhirnya semua momogun di bandau yg ada di pesisiran pantai menjauhi tempat tersebut dan masuk ke pedalaman utk mengelakkan diri dari semua itu hinggalah identiti mereka "aradou" barulah boleh kembali ke tempat itu lagi. ramai orang-orang momogun terus pindah ke Tupak (pitas), ada yang pergi ke Paitan dan ada yang pergi ke Minokok dan ke Tongod.
di pendekkan cerita, selepas 100 tahun kalender momogun sudah mahu berakhir, ada terdapat orang Momogun yang ingin kembali lagi ke pusat perdagangan tersebut utk membukanya kembali ttp bangsa mizonvaig (orang laut yg berasal dari pilipin) sudah mengambil alih tempat tersebut. Malahan kemuncak generasi mizonvaig yang mengambil alih tempat tersebut adalah pada zaman syarif osman.
dari segi geografi tidak dapat di pastikan di mana sebenanya lokasi pusat perdagangan Momogun Sinandapak tersebut. Apa yang pasti sejarah lisan momogun ini masih terpahat dalam perkataan Bandau bertukar Marudu iaitu Mondou bertukar Mogkorudu.
Salam dari saya,
Joe byne Lumungking
Pioneer Momogunology Research Centre
Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan bangsa Momogun Rungus di Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini.Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan bangsa Momogun Rungus yang menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang bangsa Momogun Rungus di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat-laun, penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada ke-15.
Pakar dalam bidang seni dan sejarah masih dalam proses mencari asal usul suku kaum Rungus.Menurut kajian yang dilakukan, kemungkinan besar orang Rungus berasal dari pedalaman Mongolia. Hal ini kerana terdapat persamaan antara seni budaya dan kehidupan orang-orang Mongolia dengan seni budaya orang Rungus di Sabah.Dipercayai terdapat sekumpulan manusia dari sekitar zaman Mesolotik atau Neolotik yang berimigrasi dari tanah asal. Pada zaman itu, lautan telah menjadi beku kerana iklim dunia yang sangat sejuk. Kumpulan nomad ini ialah nenek moyang Momogun Rungus yang mengembara sehingga tiba di kepulauan Borneo.
Masih ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk pribumi sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Pegangan ini memang benar, namun sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara rasional dilakukan dengan baik. Kerap kali unsur mitos dan legenda diadunkan dalam cerita asal menyebabkan fikiran logik manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap kewujudan unsur-usur fantasia dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata, sumber lisan itu merupakan 'tulisan atau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala, dan hari ini menjadi khazanah yang amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam arus teknologi hari ini.
Menurut legenda yang diceritakan dari generasi ke generasi, kononnya bangsa Momogun Rungus(tamadun nunuk ragang) ini diasaskan oleh seorang usan-usan yang dianiaya oleh saudara-saudaranya kerana dia mempunyai pelbagai kemahiran. Dia pandai membuat perangkap haiwan dan membuat senjata-senjata yang mampu melindungi masyarakatnya ketika itu. Disebabkan kemahiran yang dimilikinya, dia dianiaya.Ini menyebabkan dia dihukum bersama isteri dan orang-orangnya yang setia dengan menghanyutkan mereka ke dalam lautan.
Kapal yang mereka naiki itu terdampar di kepulaun Borneo lalu mereka menuju ke Pampang Nabalu untuk tujuan keagamaan. Dia menggelarkan dirinya sebagai 'Usan-Usan' yang tiada keluarga kerana dia dianiaya oleh adik-beradiknya sendiri.
Selama mereka di situ, mereka terus dibangkitkan dengan semangat keagamaan berikutan penyembahan mereka kepada Lumaag Nabalu. Upacara keagamaan terus berkembang apabila mereka semakin ramai.Seorang tokoh agama yang mahir dalam hukum dan mewarisi adat istiadat dari Usan-Usan ialah Aki Bobolizan Gomburon. Disebabkan mereka semakin ramai, maka mereka merasakan bahawa adalah perlu hukum masyarakat diwartakan menurut peraturan si Usan-Usan.
Aki Bobolizan Gomburon menguatkuasakan Hukum Gomburon yang paling ketat iaitu kalau berzina akan dihanyutkan ke dalam air dengan memasukannya dalam bubu atau 'popok' bersama batu besar.Batu itu harus dipilih sendiri oleh si pesalah tersebut.Jika ada orang yang membunuh dengan sengaja,maka orang itu akan dihukum bunuh juga.
Peraturan ini terus diamalkan sehinggalah Aki Bobolizan Guraumanuk mendapat wahyu dari Lumaag Nabalu dengan menghapuskan Hukum Gomburon. Menurut wahyu tersebut,segala dosa dapat digantikan atau di bayar dengan memberi korban penebus salah iaitu "mangaraha" (korban sembelihan babi).
Segala dosa dapat dibayar dengan korban nyawa yang ditebus melalui pembayaran nyawa ternak. Tugas ini dilakukan oleh seorang "bobolizan" yang bermakna "tukang bayar hutang dosa dan orang tengah untuk memohon pengampunan dosa kepada Kinoringan". Itulah maksud Bobolizan yang berasal daripada perkataan "bwolzi = Beli ".Babi yang digunakan untuk membeli berkat atau membeli permohonan ampun kepada Kinoringan tidak boleh dipanggil babi (vogok, wogok).Ia harus dipanggil "BWOLZI". Bwolzi merujuk kepada peranan ternak tersebut dalam persembahan korban sebagai penebus atau pembeli semangat baru untuk pembayaran dosa.
Lalu bangsa momogun semakin ramai pada zaman ketuanya Aki Nunuk Ragang. Aki Nunuk Ragang adalah seorang bobolizan yang paling masyur dalam mengembangkan ajaran agama Pagan(labus). Sebelum Aki Nunuk Ragang meninggal dunia, Aki Bobolizan Guraumanuk telah mendapat satu mesej dari Lumaag Nabalu .Mesej ini adalah satu peraturan baru di mana ketiga-tiga anak lelaki Aki Nunuk Ragang harus berhijrah ke tempat lain kerana Lumaag Nabalu mengatakan bahawa semua sungai-sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu sehingga ke Laut adalah milik Momogun. Oleh itu, cucu-cicit Momogun harus memilih satu tempat yang tinggi iaitu bukit atau gunung paling tinggi di mana-mana daerah yang mereka tiba kelak. Semua sungai yang mengalir ke laut dari bukit tersebut adalah tempat yang disertai semangat Lumaag Nabalu dengan mengundangnya melalui satu upacara yang disebut "MOMURINAIT" (menyebut 7 nama semangat utama yang menjaga bangsa Momogun).
Ajaran Aki Bobolizan Guraumanuk ini dikembangkan oleh Aki Nunuk Ragang. Segala wasiat Aki Bobolizan Guraumanuk diwartakan oleh Aki Nunuk Ragang. Tiga orang anak lelaki Aki Nunuk Ragang ialah Aki Rungsud (nenek moyang orang Rungus), Aki Longuvai (nenek moyang orang Kadazan Penampang) dan Aki Turumpok (nenek moyang semua suku kaum Dusun).
Aki Nunuk Ragang menghantar anaknya Aki Rungsud (anak lelaki sulung) dan Aki Longuvai (anak lelaki kedua) ke pesisir pantai dengan menguasai Pompod Tana (Kudat, Kota Marudu dan Pitas) supaya tidak dicemari oleh pencerobohan pihak Mizonvaig (orang laut). Menurut mesej yang mereka dapat melalui "Rundukan" (didatangi oleh Lumaag dan berkata-kata dalam bahasa yang tidak dapat difahami) kawasan pertemuan rahat kotonobwon (laut di sebelah barat) dan rahat kosilzahon(laut di sebelah timur) mula dicerobohi oleh pihak luar. Maka Aki Nunuk Ragang membuat keputusan untuk menguasai seluruh kawasan pesisir pantai demi menjaga keselamatan penduduk. Oleh yang demikian, rombongan yang bertanggungjawab dalam mempertahankan pesisir pantai adalah Aki Rungsud dan Aki Longuvai.
Aki Turumpok sebagai anak bongsu lelaki adalah sebagai Tandon Tongkob (mewarisi tempat tinggal bapanya). Sebagai Tandon Tongkob,Aki Turumpok mewarisi rumah bapa mereka. Tandon Tongkob masih wujud dalam adat orang Rungus pada masa kini. Tandon Tongkob bermaksud "isi atau penghuni yang kekal melekat dalam bilik".Maka Aki Turumpok adalah pewaris Kg. Nunuk Ragang dan menjadi ketua di sana.
Tidak lama kemudian,Aki Nunuk Ragang meninggal dunia lalu dikuburkan berhampiran dengan sebuah danau yang dalam.Danau itu terletak di tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan.Menurut legenda setelah 40 hari Aki Nunuk Ragang dikebumikan, pada hari upacara "Mongupus" tumbuhlah sejenis pokok ara di tengah-tengah kubur Aki Nunuk Ragang. Pokok ara tersebut agak berlainan kerana ia berwarna merah dan jika daunnya tercalar pokok itu akan mengeluarkan darah manusia. Lalu orang-orang Aki Nunuk Ragang menyembah pokok tersebut dan menamakannya Nunuk Ragang kerana mereka percaya pokok itu merupakan jelmaan Aki Nunuk Ragang.
Sementara itu, Aki Rungsud berjaya menguasai Pompod Tana dan keturunan mereka disebut sebagai Momogun Rungus. Manakala Aki Longuvai semasa mereka hendak keluar dari Nunuk Ragang isterinya sedang sarat melahirkan anak lalu mereka akan menyusuli Aki Rungsud kemudian. Perjalanan Aki Rungsud akan ditandai dengan kukurungan (sangkar ayam).Hal ini kerana setiap puncak bukit yang dilalui oleh Aki Rungsud akan dikorbankan seekor ayam bagi mengundang penghulu semangat Borneo iaitu Lumaag sebagai pengistiharan kuasa terhadap wilayah yang mereka lalui.
Semasa Aki Longuvai menyusul abangnya, dia telah tersilap arah.Ini kerana pada satu jalan terdapat dua persimpangan yang menuju ke arah yang berlainan.Kukurungan yang ditandakan oleh Aki Rungsud pada arah jalan yang dilaluinya telah dialihkan oleh orang yang berhati busuk ke jalan yang satu lagi.Maka Aki Longuvai pun tersesat dalam perjalanan menyusuri Aki Rungsud sehingga mereka sampai ke kawasan Pinampang(Penampang). Mereka kekurangan bekalan makanan lalu mereka mengambil keputusan untuk membuat ladang bukit di sana.
Setelah sekian lama, mereka tidak sampai-sampai di Pompod Tana akhirnya Aki Rungsud mendapat tahu melalui Lumaag bahawa Aki Longuvai tersesat.Aki Rungsud mengarahkan orang suruhannya mencari Aki Longuvai lalu mereka menemui Aki Longuvai di Pinampang(Penampang).Orang suruhan Aki Rungsud menjemput Aki Longuvai menyertai misi di Pompod Tana tetapi Aki Longuvai menolak pelawaan itu.Ini kerana Aki Longuvai tidak bersedia untuk hidup dalam peperangan dan keadaan darurat yang dialami di sana. Untuk memenuhi permintaan bapa mereka,Aki Nunuk Ragang kodori (mendiang/arwah),Aki Longuvai berjanji akan menghantar anak sulungnya yang lahir semasa mereka hendak keluar dari Nunuk Ragang iaitu Aki Bulun. Aki Bulun tanpa ditemani sesiapa datang ke Pompod Tana apabila mencapai umur kira-kira 17 tahun. Aki Bulun membawa 7 ekor anjing kebal yang mampu menumpaskan harimau.
Dalam upacara pembahagian Pompod Tana, Aki Bulun dan Aki Rungsud membuat pembahagian kawasan dengan membahagikan sempadan melalui sejauh mana bunyi paluan gong Aki Rungsud.Maka, para handalan pun berkhemah di setiap puncak bukit di seluruh wilayah Pompod Tana ketika itu untuk mendengar bunyi paluan gong. Sehingga bunyi gong tidak didengar lagi,maka barulah dipacakkan sebilah lembing yang dinamakan Binorudan. Binorudan ialah lembing pahlawan pantai bersaiz pengayuh kapal layar yang sederhana besar saiznya.
Pada hari ini keturunan Aki Bulun dikenali sebagai Rungus Gonsomon yang menguasai pantai timur Kudat.Jika diperincikan lagi,bahasa Rungus Gonsomon hampir sama dengan bahasa Kadazan Penampang.Oleh kerana banyaknya dialek bahasa dalam etnik Kadazan Dusun, dipercayai bahasa asal yang digunakan sebelum perpisahan Aki Rungsud dan Aki Longuvai ialah Momogun Rungus.Disebabkan pihak penjajah terlebih dahulu menjajah kawasan tersebut, maka kawasan Penampang lebih awal mengecapi pembangunan dengan terbinanya kedai-kedai untuk kepentingan perniagaan penjajah ketika itu.Menurut cerita nenek moyang,'kedai-kedai' yang menjadi kawasan petempatan oarang-orang Aki Longuvai itulah asalnya mereka dikenali sebagai orang Kadazan.Dalam bahasa Rungus,'Kakadazan' merujuk kepada 'kedai-kedai'.Apabila orang-orang Aki Rungsud merujuk kepada orang-orang Aki Longuvai, mereka akan menggelar mereka sebagai 'tulun antad sid kakadazan' yang bermaksud orang-orang dari kawasan kedai (atau lebih maju).
Kawasan Nunuk Ragang setelah beberapa lamanya telah berpecah-belah kerana Aki Turumpok tidak mengambil tahu akan hukum-hukum agama Labus(Pagan). Aki Turumpok lebih cenderung dalam persaingan ilmu magik yang mangakibatkan kawasan Nunuk Ragang mendapat satu kopizo (petanda) buruk. Apa saja mereka lakukan akan menghasilkan perbalahan dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Keadaan ini berakhir dengan serangan penyakit kerana upacara mamasi tidak di lakukan.
source:
www.momogun.page.tl
Research:
Lumungking Joe byne
Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun, Dayak Laut,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid.
Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya.
Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak. Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli di Kepulauan Borneo.
Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus.
Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu.
Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:
Rungus Kirangavan (termasuk BATUTAI, SAMPIR BIRAAN DAN KAWASAN TERINGAI)
Rungus Pilzapazan
Rungus Gandahon
Rungus Gonsomon
Rungus Nulzuw
Rungus Tupak atau Rungus Melobong
Momogun Rungus di luar daerah seperti yang disebutkan diatas adalah dikenali sebagai:
Rungus Piromitan
Rungus Tindal-Sondot
Research by:
Lumungking Joe Byne
Momogun sudah lama tinggal di pesisiran pantai Kudat, Marudu dan Pitas misalnya sejak ribu-ribu tahun yang lalu sudah di kuasai oleh Momogun Rungus.
Semenanjung Kudat, Semenanjung Bengkoka dan Teluk Bandau merupakan petempatan purba Momogun dan mempunyai sejarah perdagangan barter yang amat panjang.
Momogun Utara ini juga merupakan di komuniti laut dan bukit di mana kedua-duanya adalah cara hidup mereka. Sebagai contoh aktiviti laut Momogun rungus ini menyebabkan mereka mahir membina pelbagai perahu iaitu:
Gubang [pesisir pantai saja]
Talzud [untuk di gunakan di sungai air masin]
Kumpit [ada sulap dalam perahu di gunakan untuk belayar sekitar Kudat, bandau, pitas]
Pangki [di pesisir pantai dan bentuknya macam helicopter]
Lzazag [kapal layar momogun, ada sulap berbilik utk simpan barangan dagang, di gunakan untuk belayar ke beluran, kinabatangan, palawan, tampasok, labuan, brunei dll]
semua ini merupakan seni bina dan nama-nama dalam bahasa Momogun sendiri.
Manakala kalender dalam Momogun Rungus memperuntukan beberapa pembahagian aktiviti tahunan berdasarkan musim yg di tentukan oleh beberapa faktor kemasyarakatan momogun iaitu oleh pengaruh keagamaan, pertanian dan tradisi. Disebabkan faktor kebudayaan itu maka terhasillah istilah musim-musim ini dalam setiap tahun Momogun iaitu :
1. Musim Kokotuan / Kaamatan [vulan ko-1 kumad vulzan ko-3]
Kaamatan utk Dewa padi bambarazon [Tahun Baru menuai ] - bulan 4
Tumutu om Monidang [bulan 5]
Perayaan Roh orang mati [Magahau, mamapak (papak tavasi/papak taraat] bulan 6
2. Hiza Mongindahat /petempatan Momogun ke pesisir pantai [Musim berdagang] Vulan ka-4 kumad vulan ko-6.
Magasin [selepas musim perayaan roh orang mati] bulan 7
Magapuw [selepas Magasin, terus disambung kepada magapuw] bulan 8
Monombilzis & Monongipun - bulan 9
- Golongan wanita momogun pada masa ini biasanya membina penanaman kapas utk menenun kain dan pakaian keluarga
3. Hiza Mitagad / Musim Berladang vulan ko-7 kumad vulan ko-9
Rumilzik [bulan 10]
Mongintavun & Mangasok [bulan 11]
Monginsakot & Momodsu parai [bulan 12]
4. Hiza Momuhau & Momuun vulan ko-10 kumad ko-12
Momuhau & Mongugad [bulan 1-2]
Momuun Parai [bulan 3]
Research by: Lumungking Joe Byne
TEORI TABIAT MANUSIA Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiat manusia. Corey (1986) menyatakan beberapa teori penting yang menjelaskan tentang tabiat itu ialah: Pertama: Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Frued. Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta (tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan. Kedua: Teori Analisis Transaksi: Teori ini menerangkan tabiat manusiaterbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akan merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka. Konflik akan berlaku apabila anak itu cuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran. Ketiga: Teori Behaviorisma: Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran. Keempat: Teori Pemusatan Klien: Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti gagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya. Konsep Diri Remaja Kadangkala ibu bapa mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada akhir masa remaja ialah: a. Perubahan pada fizikal Bagi anak lelaki didapati mengalami perubahan jelas pada jasmani di mana anggota badan kelihatan mula gempal, sasar, dan tegap. Manakala si gadis pula mula menampakkan sifat-sifat kewanitaannya seperti datang haid, buah dada membesar, pinggang mula ramping dan punggung melebar. Apabila sampai pada peringkat akhir remaja simbol-simbol daya tarikan seks mula kelihatan dan diiringi juga rangsangan seksual yang mula meningkat. b. Perubahan Emosi dan Fikiran Di peringkat remaja, perasaan dan fikiran anak lelaki stabil kerana mereka tidak lagi kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak skrip hidup hariannya ditentukan oleh ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Apabila anak melangkah ke alam remaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidupibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Orang yang dikagumi yang akan dicontohi kemungkinan terdiri dari penyanyi popular, pelakon popular, pelawak, tokoh agama, tokoh politik, ahli sukan atau sebagainya. Ini bergantung kepada pendedahan dan pengajaran yang diterima oleh remaja itu. c. Narcisma Narcisma adalah merujuk kepada ketagih cinta dan ingin dicintai untuk mendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak, perasaan cinta dan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga.Apabila anak itu mencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja mengalami rasa kesunyian (Emotional Vacumm) yang hebat kesan daripada peralihan masa untuk berdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai. Narcisma amat kuat wujud pada gadis remaja kerana perempuan dari segi biologinya bersifat pasti di mana ia memerlukan seseorang untuk membantu dan membimbingnya keluar dari rasa kesunyian itu. Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukar pasangan di kalangan remaja adalah lumrah, tetapi gadis remaja lebih dulu terlibat dengan aktiviti bercinta berbanding dengan remaja lelaki yang sebaya dengan umurnya. Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya tidak mudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan kerana remaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayang maka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian seperti menghisap dadah, mengikut geng,berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis dan seumpamanya. Dalam aktiviti narcisma ini perempuan lebih mudah menjadi mangsa dengan pujukan dan rayuan lelaki kerana ia bersifat pasif. d. Menyertai Kumpulan Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remaja memperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan sosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama. Adalah perkara biasa kita lihat kelompok remaja mempunyai identiti tertentu seperti menggunakan bahasa yang anih, pakaian yang pelik, tertarik dengan aktiviti yang mencabar dan sebagainya. Penyertaan remaja dalam kelompok samaada kelompok kecil atau besar adalah tanda perubahan yang sihat dalam pertumbuhan mentalnya. Walaubagaimana pun, jika penyertaan dalam kelompok itu disalahgunakan, maka ia akan mengheret remaja berkenaan dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama dan undang-undang negara. Pada masa remaja inilah kita dapati ibu bapa sering mempunyai pendapat yang berbeza dengan pandangan rakan sebaya dalam usaha memberi bimbingan dan pendidikan terhadap si anak remaja itu. e. Menentang Kekuasaan Orang tua-tua kita selalu mengingatkan bahawa masa remaja adalah masa pancaroba kerana remaja sedang mencari tapak untuk berdikari dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Biasanya remaja merasa bahawa kuasa yang ada pada ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa terlalu kuat yang boleh menghalang pencapaian cita-cita mereka. Perbezaan besar pendapat dan gaya hidup remaja dengan ibu bapa, orang dewasa dan guru akan mencetuskan permusuhan kerana remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga diri mereka yang memang telah sedia bergelora. Oleh itu apabila berlaku perselisihan, remaja akan menjadi rakan sebaya mereka atau mereka bertindak nekad melakukan kejahatan untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang yang lebih tua bahawa merekaboleh berdikari atau mampu melakukan apa yang orang dewasa lakukan. Sebenarnya pencarian konsep diri telah bermula sejak anak masih kecil lagi tetapi pada masa remaja mula kelihatan menonjol kerana remaja mula pandai belajar berfikir dan menggunakan emosinya hasil daripada interaksi dengan dunia luar, iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan persekitaran. Masa remaja sendiri penting bagi perkembangan konsep diri kerana pada masa inilah remaja mengalami proses pemurnian dan sekaligus mengalami perubahan. Bagi kebanyakan remaja, proses pemurnian konsep diri berjalan lancar, tetapi mereka yang jauh menyimpang dari pemurnian itu, pertumbuhan hidupnya akan menghadapi masalah, iaitu manusia yang kotor peribadinya. Faktor Kenakalan Berdasarkan teori psikologi kaunseling barat, punca kenakalan remaja boleh dibahagikan kepada empat faktor: Pertama : Faktor keluarga Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Isu pembawaan keluarga itu ialah; a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan dhaif di mana anak membesar dalam keadaan terbiar. b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat. c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan keluarga. d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai. e. Ajaran agama tidak kukuh dalam rumahtangga. Kedua : Faktor Peribadi Yang Kotor. Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional yang mewakili nafsu kehaiwanan, hasil daripada pendendam dan pengalaman yang diterima sejak kecil. Peribadi yang kotor mungkin telah bermula sejak kecil dan kemudian diperkukuh pula bila anak itu melalui zaman remaja. Dengan lain-lain perkataan peribadi fitrah anak telah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya. Ketiga : Faktor sekolah. Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak selepas ibu bapa. Faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah: a. Disiplin sekolah yang longgar. b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah. c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Keempat : Faktor Persekitaran Faktor persekitaran adalah merujuk kepada peranan masyarakat, multi-media dan pusat-pusat hiburan yang menyediakan pelbagai produk yang boleh menggalakkan dan meningkatkan rangsangan seksual. Aktiviti faktor persekitaran yang boleh merosakkan akhlak manusia ialah: i) Persembahan konsert rock ii) Pusat-pusat video game iii) Pengguguran iv) Pergaulan bebas lelaki dan perempuan v) Penyiaran gambar lucah vi) Penubuhan pusat-pusat hiburan yang berunsur seks vii) Aktiviti simbol seks seperti pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita. |