Wednesday, February 23, 2011

Sejarah Lisan asal usul Bandau dan Kota Marudu

Marudu berasal dari perkataan Mogkorudu. Sebelum ada namanya Marudu, hanya ada satu nama yang di gunakan di kawasan tersebut iaitu Mondou @ Bandau. Menurut sejarah lisan orang Momogun, Mondou di tukar kepada nama Mogkorudu pada zaman dahulu kerana orang-orang Rungus Matunggong dan Rungus Bandau yang suka berdagang sistem barter di tepi laut telah mengalami perselisihan. Ia bermula apabila Momogun Rungus ortodoks dengan Momogun Rungus bandau yang banyak kawin campur dengan bangsa lain telah bersaing dalam perdagangan sistem barter. Di tambah lagi pedagang dari Brunei yg datang ke teluk marudu terus singgah di pesisir laut sungai matunggong dan yg di bawa oleh pedagang brunei ke teluk bandau hanya sisa-sisa tinggalan oleh rungus matunggong. ini bermakna bekalan yg terbaik sudah di beli orang matunggong dan yg di bandau adalah kurang baik sebab hanya terbaki dari jual beli di matunggong. lalu krisis rungus ortodok dengan rungus campur / rungus sinandapak ini menjadi-jadi lalu berlakulah perang secara ilmu sihir yang di panggil perang Sindaat. perang ini berakhir apabila ketua bobolizan Aki Sook dan Aki Palavan campur tangan.

Tugas utama aki sook dan aki palavan sebenanya adalah melupuskan segala dosa-dosa dalam 100 tahun menurut kalender bangsa momogun. Upacara besar yang di namakan Managas (satu korban sembelihan manusia yg di lakukan sekali dalam setiap seratus tahun) itu tercemar kerana pada kebiasaannya korban utk penyucian itu memerlukan pelayaran ke pilipin utk tangkap korban kerana menjadi sejarah dahulu apabila pendatang dari pilipin datang ke tanah momogun mereka akan melakukan aktiviti lanun dan ini mencemarkan tanah momogun dan menjadi hutang momogun yang perlu di bayar kepada lumaag supaya setiap roh-roh momogun yang mati bila kembali ke puncak gunung kinabalu, dewi tingguut akan menerimanya. tetapi pada penggal kalender tersebut, keadaan tanah momogun tercemar oleh momogun sendiri. maka ketua bobolizan momogun pada masa itu, aki sook dan aki palavan mengalami tekanan dari segi rohani dalam perspektif agama labus mengenai masalah ini. akses kepada upacara managas ini adalah melalui Sukang Sinonginan yang di wariskan oleh ketua bobolizan sebelumnya. pengganti biasanya akan di rekrut sejak dari kecil utk menjadi suci supaya layak melakukan upacara ini. akhirnya di sebabkan kecemaran budaya dan akhlak dengan kebencian orang2 lampau bangsa kita sendiri pada zaman dahulu maka aki palavan dan aki sook tidak boleh melakukan upacara managas dengan cara yang biasa. lalu upacara Managas tersebut harus di lakukan secara SONGSANG. Sukang Sinonginan yang seharusnya utk membawa keharmonian, kekuatan, pertahanan, kedamaian, kesihatan bangsa momogun dan kesuburan tanaman itu kini bertukar menjadi SONGSANG. Sukang Sinonginan satu-satunya kunci yg dapat mengakses keharmonian bangsa Momogun pada zaman itu tapi kini membawa padah kerana bangsa Momogun sendiri yang tidak bersatu. oleh sebab itu sukang sinonginan tersebut memberikan reaksi songsang dengan menjadi Sindaat Mogkorudu.

Demikianlah ia di namakan kerana setiap orang yang terlibat dengan kebencian pada zaman itu akan mendapat musibbah oleh sindaat mogkorudu tersebut. apabila ada sesiapa orang yang menangisi (mogkorudu) utk orang-orang yang terkena musibbah maka orang tersebut juga akan mati serta merta, di sertai ternak dan tanaman mereka semua akan layu. Sehingga dalam sejarah lisan nenek moyang mengingatkan cucu cicit mereka bahawa "tiada kerosakan bangsa kita yang seteruk itu pada zaman dulu." jadi akhirnya pusat perdagangan bandau yg banyak membekalkan pisang bandau pada zaman dulu kini telah di lupakan. kutukan sukang sinonginan tersebut hanya akan berakhir apabila habis penggal kalender momogun iaitu 100 tahun ke hadapan. akhirnya semua momogun di bandau yg ada di pesisiran pantai menjauhi tempat tersebut dan masuk ke pedalaman utk mengelakkan diri dari semua itu hinggalah identiti mereka "aradou" barulah boleh kembali ke tempat itu lagi. ramai orang-orang momogun terus pindah ke Tupak (pitas), ada yang pergi ke Paitan dan ada yang pergi ke Minokok dan ke Tongod.

di pendekkan cerita, selepas 100 tahun kalender momogun sudah mahu berakhir, ada terdapat orang Momogun yang ingin kembali lagi ke pusat perdagangan tersebut utk membukanya kembali ttp bangsa mizonvaig (orang laut yg berasal dari pilipin) sudah mengambil alih tempat tersebut. Malahan kemuncak generasi mizonvaig yang mengambil alih tempat tersebut adalah pada zaman syarif osman.

dari segi geografi tidak dapat di pastikan di mana sebenanya lokasi pusat perdagangan Momogun Sinandapak tersebut. Apa yang pasti sejarah lisan momogun ini masih terpahat dalam perkataan Bandau bertukar Marudu iaitu Mondou bertukar Mogkorudu.

Salam dari saya,

Joe byne Lumungking

Pioneer Momogunology Research Centre

www.momogun.page.tl

No comments: