Tuesday, September 2, 2008

Suku Kaum Momogun Rungus

Suku Kaum Momogun Rungus
Momogunology Research Centre on 02/02/2008 at 4:07 am Uhr

Momogun Rungus adalah tergolong dalam sub suku Dayak. Momogun Rungus terkenal dengan corak petempatan berumah panjang dengan ciri-ciri yang tersendiri. Momogun Rungus juga di kenali sebagai Dayak Dusun dan hidup di pesisir pantai.

Kaum Momogun Rungus mempunyai kemahiran dalam laut termasuk membuat perahu dan aktiviti-aktiviti nelayan di perkampungan mereka. Sungguh pun demikian pekerjaan nelayan ini hanyalah di jalankan secara sederhana untuk keperluan keluarga sahaja.

Selain daripada itu Suku Momogun Rungus ini mempunyai kemahiran dalam membuat acuan logam seperti Gong, membuat paran, kapak dan sebagainya sebagai kerja-kerja yang di warisi secara tradisi dari nenek moyang.

Terdapat beberapa cabang dalam suku Momogun Rungus iaitu:

Rungus Kirangavan, pada kebiasaannya di sebut sebagai RUNGUS sahaja. Manakala bagi yang tinggal di kawasan sebahagian Matunggong di panggil RUNGUS PILZAPAZAN. Bagi mereka yang tinggal di kawasan Morimbou, Tuhau, Panudahan, Andarason, Pata sehingga ke Rondomon biasanya di kenali sebagai RUNGUS GANDAHON.

Manakala RUNGUS GONSOMON adalah menempati kawasan sekitar kg Marabahai, kg Lodung dan sekitarnya. Rungus Gonsomon tertumpu di pantai timur Kudat. Hasil percampuran kawin dari Rungus Gonsomon dan Rungus Pilzapazan pula di kenali sebagai Rungus Nulzuw.

Momogun Rungus yang tinggal di Pitas pula lebih di kenali sebagai RUNGUS TUPAK. RUNGUS TUPAK. Selain daripada itu terdapat juga Rungus yang di kenali sebagai RUNGUS PIROMITAN dan RUNGUS TINDAL-SONDOT. Rungus tersebut adalah Rungus yang terdapat di luar daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

NOTA:

MOMOGUN KUDAT, KOTA MARUDU, PITAS DI KENALI SEBAGAI :
- RUNGUS KIRANGAVAN
- RUNGUS PILZAPAZAN
- RUNGUS GANDAHON,
- RUNGUS GONSOMON
- RUNGUS NULZUW
- RUNGUS TUPAK

MANAKALA MOMOGUN YANG DI LUAR KAWASAN DAERAH DIATAS DI KENALI SEBAGAI:
- RUNGUS PIROMITAN
- RUNGUS TINDAL-SONDOT

Source:
http://www.momogun.page.tl/Momogun-News.htm

No comments: